Pilihan +INDEKS
Isyarat kebangkitan orang Melayu dan Islam
TRANSMEDIARIAU.COM - Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)#DaulatHimpunan812 esok adalah penting dalam memberikan isyarat jelas terhadap kebangkitan orang Melayu dan Islam dalam mempertahankan hak-hak mereka.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, perhimpunan itu tidak akan sesekali menggugat perpaduan tetapi sebaliknya bagi mempertahankan asas pembinaan termasuk kontrak sosial yang menjadi tiang seri dalam pembentukan negara.
‘‘Ingat, kita berhimpun ini sebagai satu isyarat rakyat bahawa kita rakyat Melayu, Cina, India, Kadazan dan apa bangsa sekali pun yang hidup harmoni aman damai tiada masalah, tolong jangan buat masalah dalam negara ini.
‘‘Jangan cetuskan masalah dalam negara ini, himpunan kita bukan himpunan untuk menggugat perpaduan tetapi sebagai isyarat bahawa kita tidak perlu negara luar untuk mengurus urusan dalam negara kita ini,’’ katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Perpaduan Kesatuan Ummah Negeri Pahang di Dataran Temerloh di sini malam semalam.
Yang hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad; Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohd. Shahar Abdullah; Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar; Ketua Muslimat Pas negeri, Salamiah Mohd. Nor; Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin dan Timbalan Pengerusi Ummah Malaysia, Kamaruzzaman Mohamad.
Lebih 4,000 orang hadir dalam program yang bermula dengan solat maghrib dan berakhir pukul 11.15 malam.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, tiada sebarang elemen provokasi dibenarkan dalam perhimpunan tersebut dan semua yang hadir diminta merakam tindakan provokasi mana-mana individu.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, perhimpunan itu menunjukkan kesatuan orang Melayu dan bumiputera khususnya antara UMNO dan Pas, sekali gus memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya jangan menguji kesabaran orang Melayu dan Islam.
“Kita hendak beri amaran kepada mereka, cukup-cukuplah, orang Melayu memang mempunyai toleransi yang tinggi tetapi jangan cuba uji kesabaran kita, jangan himpit kita hingga sampai ke dinding kerana kalau kita terhimpit akhirnya orang Melayu bangkit dan tidak akan biarkan mereka yang cuba menghina Islam dan Melayu ini,” tegas beliau.
Sumber: Utusan.com
Berita Lainnya +INDEKS
Kantor Camat Enok Ludes Terbakar, Diduga Akibat Arus Pendek
TRANSMEDIARIAU.COM - Gedung Kantor Camat Enok, Kabupaten Indragiri Hilir, hangus.
Dua Dekade Terjebak: Mengapa Jalan di Inhil Selalu Rusak Lagi?
TRANSMEDIARIAU.COM - Selama dua dekade, masyarakat Indragiri Hilir (Inhil) hanya.
Klarifikasi PT. Oscar Investama: Semua Tahapan HGU Telah Sesuai Regulasi Pemerintah
TRANSMEDIARIAU.COM - Berdasarkan pemberitaan tentang proses permohonan HGU PT. O.
Sakit Tumor dan Hidup Serba Terbatas, Nurjanah Butuh Uluran Tangan untuk Sembuh
TRANSMEDIARIAU.COM - Di tengah masa remaja yang seharusnya diisi dengan belajar .
Video Viral MTsN Tembilahan, Disesalkan Banyak Pihak, Kepsek MTsN Lakukan Klarifikasi
TRANSMEDIARIAU.COM - Beredarnya video “guru tampar siswa” dan pemberitaan ya.
Tangis Pedagang Iringi Kebakaran Pasar Induk Tembilahan: Habis Semua Dagangan Kami…
TRANSMEDIARIAU.COM - Kebakaran hebat kembali melanda Pasar Induk Tembilahan. Seb.







